Wednesday, December 10, 2014

salesman?? jurujual??

Jualan secara langsung ataupun lebih sering dengar sebagai direct selling. Pekerjaan dimana tidak semua orang mahu mencuba, kerana separuh berpendapat pekerjaan dalam bidang ini hanyalah untuk orang yang tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Ada juga berpendapat pekerjaan ini letih dan memelukan sahaja. Betul ke??? 

          Namun bagi saya, pengalaman sebagai seorang jurujual atau better disebut as ‘SALESMAN’ adalah satu pengalaman yang mengujakan dan sangat sesuai sebagai suatu latihan untuk menyerlahkan diri sendiri dalam masa yang sama dapat meningkatkan keyakinan diri. Kenapa saya kata ia satu pengalaman yang mengujakan, dan dapat meningkatkan tahap keyakinan diri???

           Ini alasan kenapa saya mengatakan sedemikian. Pertama sekali, ia adalah satu pengalaman yang membolehkan saya untuk berinteraksi dengan orang ramai yang mungkin akan digunakan kelak. Semasa awal bekerja sebagai seorang salesman ni, memang rasanya berpeluh satu badan bila nak cakap dengan orang yang kita tak kenal. Thanks lah to my Manager, Mr Dino, Manager Mdm Shima, Leader Bukhori, and Leader, Fara Shahila yang banyak membantu meningkatkan tahap keyakinan diri ini sampai boleh cakap depan orang ramai terutamanya dengan ‘BOS’. Hehehe.         

          Next, apa yang saya dapat apabila menyertai bidang ‘direct selling’ ni, suatu kerja yang tidak begitu memberikan tekanan. Baiklah, setiap pekerjaan memang memberikan tekanan demi untuk mencapai sesuatu kehendak syarikat. Tetapi, pengalaman saya dalam syarikat ini sangat sempoi, dating kerja ade pasang lagu, so layan lagu pepagi lepastu meeting, buat simple game macam ‘binggo’, ‘capkalicap’, ‘rumah terbakar’, ‘simon says’ dan macam-macam lagi. Dengan cara ini, pekerja tak stress sangat malah dapat lagi eratkan hubungan antara pekerja-pekerja. Manager pun boleh duduk satu table dengan staff biasa, pergi shopping baju, tengok wayang, pergi makan, malah pergi date pon manager boleh join jugak. Susah nak cari keadaan macam ni, rasa macam manager pon macam abang dan akak sendiri. Kalau ofis lain, memang semua bos macam lebih pentingkan pangkat semata-mata, macam orang muda selalu kata lah, ‘bajet bagus’, padahal semua sama sahaja. 

          Ok. Seterusnya saya dapat belajar sesuatu yang baru cara ketika bekerja. Apa yang saya dapat belajar ?? cara nak interaksi dengan orang lain, cara nak meningkatkan keyakinan pelanggan untuk membeli produk yang dibawa, malah ada juga cara untuk menjadi ketua dengan bagus serta cara berterampilan. Semua yang saya belajar ini memang saya amalkan didalam kehidupan seharian, seperti cara berterampilan dan cara untuk berinteraksi. Bukan sahaja diajar semasa bekerja,setiap minggu akan diadakan kelas untuk memberikan ruang kepada pekerja bertanya dan belajar.

           Memang banyak nak cerita ni, tapi kalau blog xbest lah kalau panjang-panjang. Pengalaman tu membantu saya sekarang ini dalam belajar di nak-nak dalam jurusan IKOM @ komunikasi media baharu.

miss u all

No comments:

Post a Comment