Monday, November 24, 2014

nenek, atuk vs media baharu...

datuk, nenek vs media baharu???? bila baca tajuk je dah pelik kan. Tapi cuba anda fikir, kenapa? apa kena mengena dan apa yang bole dikata terhadap datuk, nenek dan media baharu ni. Jawapannya ada di bawah. =)



baiklah, sekarang saya nak beritahu, kenapa saya  kata datuk, nenek vs media baharu. anda tahu tak yang zaman sekarang ni, datuk nenek kita bukan macam dulu lagi, sekarang dah grand u alls.
ok, beginilah, anda perasan tak yang zaman sekarang ni ramai orang yang menggunakan media baharu ni seperti FACEBOOK, TWITTER, INSTAGRAM, TELEGRAM, WHATSAPP dan WECHAT?? tipu lah kalau kata xpernah nampak.


baiklah..cerita panjang pun tak guna tembak pun tak kena,, saya terus ke topik saya diatas.. setiap ibu bapa setelah bergelar nenek atau datuk semestinya lebih sayangkan cucu berbanding anak sendiri, betul tak?? tak tahulah kalau salah, ini berdasarkan pandangan saya sendiri. Sebab apa?? tengoklah cucu jatuh sikit dah gelabah, cucu nangis sikit walaupun tgah tidur sanggup bangun tu nak tengok cucu okay ke tak. itu dah satu fenomena.


ni satu lagi fenomena yang sekarang banyak dilihat ialah insan bergelar datuk dan nenek ini banyak menggunakan media baharu untuk menghantar gambar dengan cucu. dari bayi sampai lah ke besar. sayang giler tu.. Maka, tidak hairan lah jika kita lihat di 'timeline' semua penuh gambar cucu-cicit. Muka mungkin nampak garang, tapi hati,?? penyayang. =)


itu bagi pendapat saya, saya tidak tahu lah bagaimana pendapat anda sekalian yang membaca. mungkin suatu hari nanti bila kita dah jadi datuk dan nenek, sama juga rasanya. Lagipun macam orang kata, semakin tua, semakin manja. fikirkan lah.

saya harap jika pembaca dapat memberikan pandangan anda terhadap pendapat yang saya utarakan ini. sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment